Thursday 8 December 2011

Bluetooth


bluetooth2
Pelbagai produk berkeupayaan Bluetooth
Bluetooth merupakan teknologi tanpa wayar (wireless). Ia menggunakan gelombang radio bagi membolehkan peranti-peranti mudah alih seperti PDA atau laptop berkomunikasi antara satu sama lain. Penggunaannya juga boleh diperluaskan lagi kepada desktop di mana desktop boleh dihubungkan ke pencetak ataupun pengimbas tanpa menggunakan wayar penyambung. Konsep perangkaian ini telah dinamakan sebagai Personal Area Network atau PAN.

Pembangun asal Bluetooth ialah Ericsson, Intel, Microsoft, IBM dan Toshiba. Kemudian satu kumpulan yang dikenali sebagai Bluetooth Special Interest Group atau SIG telah ditubuhkan yang terdiri daripada sembilan syarikat utama dalam bidang IT, iaitu 3Com, Ericsson, IBM, Intel, Lucent, Microsoft, Motorola, Nokia dan Toshiba. Di samping itu, terdapat 1882 syarikat yang terlibat dalam membangunkan produk yang berasaskan teknologi Bluetooth.







Bluetooth telah dibangunkan bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna yang menggunakan perkakasan mudah alih. Kajian Gartner Dataquest mendapati bahawa terdapat lebih daripada 900 juta pengguna yang menggunakan pelbagai perkakasan mudah alih terutamanya laptop dan telefon bimbit dalam tempoh lima tahun.


Kebanyakan urusan yang dilakukan oleh pengguna ini memerlukan penyelesaian yang pantas. Ini termasuklah pertukaran dan perkongsian maklumat seperti nombor telefon, jadual, fail-fail penting dan mungkin juga pasaran saham. Ia boleh menghubungkan pencetak, ‘Mobile Phones’, ‘Handsfree Headsets’, ‘LCD projectors’, ‘Modems’, ‘Wireless LAN devices’, ‘Notebooks’, ‘Desktop PCs’, ‘PDAs’ dan lain-lain.


Sekiranya pengguna masih menggunakan sistem perkakasan yang konvensional seperti sedia ada, ( dengan menggunakan wayar serta terpaksa pula mencari soket penyambung ) sudah tentu masa akan terbuang begitu sahaja dan bagi memburukkan keadaan beberapa tranksaksi penting tidak dapat dilakukan.


Peranti Bluetooth boleh dihubungkan ke LAN yang sedia ada seperti Ethernet LAN korporat menerusi satu titik akses yang terdiri daripada pemancar Bluetooth, pengawal jalur asas, litar untuk menterjemahkan data dari format Bluetooth ke Ethernet dan juga antaramuka yang menghubungkan titik akses ke rangkaian LAN yang sedia ada. Pengguna dapat menikmati kemudahan yang boleh didapati dalam rangkaian LAN asalkan ia tidak terkeluar dari lingkungan titik akses tersebut.


Terdapat tiga ciri keselamatan yang ada dalam peranti Bluetooth iaitu pertama, tanpa keselamatan di mana peranti tidak menetapkan ciri-ciri keselamatan ketika komunikasi dijalankan. Kedua, keselamatan pada peringkat perkhidmatan, yang memberikan ciri-ciri fleksibal ketika capaian aplikasi dilakukan dan ketiga, keselamatan peringkat pautan di mana peranti akan menentukan prosedur keselamatan terlebih dahulu sebelum komunikasi dilakukan.


Pada masa sekarang, teknologi Bluetooth digunakan dengan meluas dalam perkhidmatan telefon bimbit, percetakan tanpa wayar, PC mudah alih, alat dengar tanpa wayar, barangan elektronik seperti kamera, walkman, VCR, pen elektronik, pemain muzik mudah alih dan juga industri robotik.


Bluetooth beroperasi dalam jalur frekuensi radio di sekitar 2.4Ghz. Ia membolehkan transmisi data dilakukan dengan kadar 712Kb dan julat kawasan operasi ialah di sekitar 10 meter ( 33 kaki ). Komunikasi di antara peranti-peranti yang menggunakan Bluetooth ialah berkonsepkan peer-to-peer.


Kebaikan menggunakan teknologi ini ialah sesuatu peranti itu boleh digunakan dan berkomunikasi tanpa menggunakan wayar. Ini sekaligus menjimatkan masa pengguna dengan tidak perlu memasang wayar dan juga kabel penyambung ke peranti lain. Ia juga menyatukan beberapa perkakasan mudah alih seperti laptop, PDA dan telefon bimbit.


Manakala keburukannya pula ialah maklumat boleh dicuri oleh peranti lain dan juga mungkin terdapat gangguan gelombang bagi kawasan yang sesak. Di samping itu, tidak begitu banyak perisian dan perkakasan yang menyokong teknologi ini, mungkin kerana ia masih lagi baru digunakan.
Sumber:  www.bluetooth.com.

Ipod Touch

i_pod
Ipod Touch

DI sebalik kegilaan terhadap telefon bimbit, fanatik gajet permainan muzik MP3 pastinya teruja apabila memiliki Ipod Touch yang bukan sahaja menawarkan permainan muzik, malah ia juga didatangkan dengan aplikasi permainan video, simpanan nombor telefon dan juga informasi kalendar.
Ia turut mempunyai sambungan WiFi dan menyokong beratus-ratus pilihan aplikasi dan permaianan video daripada stor Apple.
Tidak cukup dengan itu, melalui Nike program pula, pengguna boleh menggunakan Ipod Touch untuk tujuan melakukan aktiviti cergas seperti berjoging.
Dari segi fungsinya, Ipod Touch mudah dikendalikan untuk memilih beribu-ribu muzik hanya dengan beberapa saat sahaja. Ia ditawarkan dalam kapasiti memori 8 gigabit (GB), 16 GB dan juga 32 GB.

Wii Fit

Bukan sekadar permainan video, Nintendo Wii Fit juga merupakan alat penjagaan kesihatan yang menawarkan program latihan interaktif untuk beberapa aktiviti seperti yoga, aerobik dan juga latihan keseimbangan.

Melaluinya, pengguna juga boleh berseronok menjalankan aktiviti maya seperti bermain ski, menari dan juga bermain bola sepak.

Kesemua permainan tersebut digerakkan menggunakan sambungan WiFi dan dikawal dengan alat Kawalan Wii serta Papan Imbangan Digital yang akan memberi pergerakan pada tubuh.

Untuk menilai perjalanan latihan pula, terdapat paparan carta keputusan untuk kiraan indeks jisim tubuh (BMI) dan juga kadar keseimbangan tubuh.

Sanyo Xacti HD1010

hd
Sanyo Xacti HD1010


Menerusi rekaan berkilat berbentuk pistol, Sanyo Xacti HD1010 menawarkan aplikasi kamera digital dan juga kamera video dengan resolusi empat megapiksel dan video berdefinisi tinggi 1080i serta 1080p.
Bersaiz nipis yang mudah untuk dibawa ke mana-mana, rekaannya memudahkan pengguna memegang kamera tersebut hanya menggunakan sebelah tangan selain butang operasinya yang mudah dikendalikan untuk menukar kepada aplikasi sama ada kamera atau video.
Ciri menarik pada kamera tersebut adalah ia menggunakan kad memori SD bersaiz kecil selain pengguna boleh menonton paparan yang telah diambil hanya dengan menggunakan mod tunggu sedia.

Perisian PERCUMA di Internet!!!

mp3
 Perisian Percuma
SETIAP komputer memerlukan perisian atau program untuk membolehkan ia beroperasi atau digunakan dalam menjalankan kerja-kerja diingini atau sebagai alat pembelajaran atau hiburan. Kebanyakan perisian sama ada perisian sistem operasi (OS) atau perisian aplikasi adalah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat komputer terkenal seperti Microsoft, Adobe, Oracle dan sebagainya.
Seperti yang diketahui, OS merupakan perisian yang menjadi ‘otak’ kepada tugasan komputer seperti perisian Windows 95, 98, XP dan sebagainya.
Manakala, perisian aplikasi merujuk kepada perisian atau program untuk melakukan kerja-kerja khusus seperti Word, Excel, Photoshop, Media Player dan sebagainya.
Harga perisian-perisian tersebut kadang kala agak tinggi untuk pengguna seperti pelajar membelinya kerana ia lebih disasarkan untuk pengguna profesional atau syarikat.
Bagaimanapun, para pelajar sebenarnya masih boleh mendapatkan perisian atau program-program komputer secara percuma di Internet, sama ada perisian OS atau perisian aplikasi.
Perisian OS Linux misalnya boleh diperolehi secara percuma di Internet tetapi ia masih perlu dipertingkatkan (diubahsuai) dan hanya sesuai untuk mereka yang arif dalam bidang perisian komputer.
Perisian percuma terbahagi kepada beberapa jenis seperti perisian Trialware, Freeware dan Shareware.
* Perisian Freeware ialah perisian yang boleh digunakan oleh pengguna tanpa apa-apa bayaran tetapi pemiliknya mengekalkan hak milik perisian tersebut. Anda tidak boleh mengubahsuai perisian ini dan menjualkannya semula tanpa kebenaran pemilik asal.
* Perisian Trialware atau perisian percubaan pula boleh digunakan secara percuma tetapi dalam tempoh tertentu sahaja (seperti 30 hari) dan pengguna perlu membeli perisian jika masih berminat menggunakan produk tersebut. Kebiasaannya perisian ini dihasilkan oleh syarikat-syarikat perisian untuk memberi peluang mencuba kelebihan yang ditawarkan apabila menggunakan perisian mereka.
* Perisian jenis Shareware juga boleh dicuba oleh anda tetapi kebiasaannya ia tidak mempunyai segala fungsi apabila anda membeli perisian penuh.
Selain itu, sesetengah syarikat meletakkan iklan dan pelbagai maklumat promosi setiap kali anda membuka atau menggunakan perisian shareware mereka.
Iklan dan promosi tersebut merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk mendapatkan sumber kewangan selepas membangunkan produk tersebut. Bagaimanapun, apabila anda telah membeli perisian tersebut, iklan dalam bentuk baner tersebut akan hilang.
Antara perisian dari jenis shareware yang paling banyak digunakan oleh para pengguna Internet adalah WinZip iaitu perisian yang mampu membuka fail-fail yang telah disimpan dalam fail yang telah dikecilkan dalam format zip.
Sebenarnya, banyak laman-laman web yang menawarkan perisian shareware tersebut sama ada untuk kegunaan permainan, pendidikan, hiburan, aplikasi produktiviti, kewangan dan sebagainya.
Cara terbaik untuk anda mendapatkan perisian percuma di Internet ialah dengan mengunjungi laman-laman web tertentu yang menawarkan perkhidmatan tersebut seperti:
* laman web http://www.shareware.com dan banyak lagi yang terdapat di Internet.
Anda boleh mendapatkan senarai laman-laman web tersebut dengan menaip perkataan ‘free software’ dalam laman web enjin pencari seperti www.yahoo.com, www.google.com dan sebagainya.
Anda juga boleh mendapatkan pelbagai bahan-bahan untuk kegunaan komputer di laman-laman web yang menawarkan kemudahan memindah-terima (download) perisian tersebu.
Antara program paling popular ialah wallpaper, screensaver, permainan komputer, pemain MP3, pencepat Internet dan sebagainya.
Jika kita melawat laman web shareware yang stabil atau terkenal, kita boleh juga melihat komen serta rating yang diberikan oleh pengguna lain berkenaan dengan perisian tersebut untuk membantu kita membuat penilaian.
Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan agar mendapatkan perisian atau program yang ditawarkan oleh laman-laman web yang terkenal atau boleh dipercayai sahaja.
Ini kerana untuk mengelakkan daripada kita memindah bersama virus atau trojan yang diletakkan dalam program yang dipindah turun ke dalam komputer kita.
Laman web yang selalu digunakan oleh penulis untuk memindah-turun program ialah download.com dan tucows.com yang telah lama terkenal dalam dunia Internet.
Penggunaan perisian percuma ini adalah digalakkan berbanding menggunakan perisian yang dibeli secara cetak rompak kerana kita telah melanggar undang-undang negara apabila berbuat demikian.
*Selamat mencuba.~~

Produk IT

Dewan Eja Pro

Perisian popular daripada The Name Technology Sdn Bhd (tnt) ini telah ditingkatkan dan kini menyokong aplikasi Adobe InDesign dan InCopy CS/CS2/CS3. Ia secara automatik mengesan kesalahan ejaan Bahasa Melayu di dalam aplikasi tersebut dan menandanya untuk pembetulan, sekali gus membantu pengguna menghasilkan projek lebih baik tanpa kesalahan ejaan. Dewan Eja Pro untuk Adobe InDesign dan InCopy turut menampilkan rekaan sempang (hypernator) pertama untuk Bahasa Melayu, di mana ia secara automatik menandakan sempang mengikut tatabahasa Melayu dan bukan bahasa Inggeris.
perkakasan_terbaik1

Teknologi CheckAnywhere pula membenarkan anda menghitamkan (highlight) perkataan dalam aplikasi Windows untuk menyemak ejaan segera tanpa perlu menaip semula, menyalin dan sebagainya. Perisian ini turut menampilkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Daftar Istilah dan diintegrasi dengan Microsoft Speech yang boleh membaca kuat perkataan Inggeris untuk sebutan Bahasa Inggeris tepat.
*Spec: Integrasi Penuh Adobe InDesign/InCopy/ CS/CS2/CS3. Sempang (Hypernator) Mengikut Tatabahasa Melayu. Semakan Ejaan Bahasa Melayu. Teknologi CheckAnywhere. Kamus Dewan Edisi Keempat/ Kamus Inggeris-Melayu Dewan. 267,000 Daftar Istilah. Fungsi English Text-to-Speech. Harga RM250. www.tntsb.com

Kamus Pro Windows Mobile
Bukan sahaja aplikasi komputer, namun telefon bimbit anda juga memerlukan perisian semakan ejaan. Kamus Pro untuk Windows Mobile menawarkan perisian semakan ejaan serasi pelbagai peranti digital platform Windows Mobile. Anda kini boleh membawa Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan ke mana-mana sahaja secara digital. Ia boleh dijalankan sepenuhnya daripada kad memori luaran tanpa mengganggu memori terbina di dalam PDA anda dan fungsi Auto-Pengesan secara automatik memberi respon perkataan dengan ejaan bertepatan. Perisian ini turut menampilkan teknologi CheckAnywhere dan Daftar Istilah pelbagai subjek termasuk Sains, Matematik, Kewangan dan Perubatan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
*Spec: Serasi Windows Mobile. Kamus Dewan Edisi Keempat/. Kamus Inggeris Melayu Dewan. Daftar Istilah/ Istilah Teknikal. Teknologi CheckAnywhere. Fungsi Auto-Pengesan Bahasa/ Cadangan Pintar. Sokongan Kad Memori Luaran. Harga RM99. www.tntsb.com

Fungsi USB- Pen Drive


pen-drive2 Selain menyimpan data dalam pemacu simpanan dan mudah alih (USB Pen Drive), apakah fungsi lain yang boleh dilakukan? Pada hari ini USB Pen Drive atau Cakera Flash USB mengambil alih peranan disket yang suatu ketika dahulu di gunakan sebagai tempat simpanan data luaran yang mudah di bawa ke mana-mana. USB Pen Drive mempunyai kapasiti yang lebih tinggi daripada disket dan bentuk fizikalnya juga lebih kecil dan ringan berbanding disket. Dalam dunia teknologi maklumat hari ini, ia merupakan alat yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita sama ada untuk pekerjaan atau sebagainya.
Malah dengan rupa bentuk yang pelbagai dan menarik, dijadikan sebagai sebahagian fesyen kepada seseorang. Apa yang lebih menarik ialah peranan Cakera Flash USB ini bukan sahaja untuk penyimpanan data semata-mata tetapi terdapat kegunaan-kegunaan yang lain.
Antaranya adalah seperti berikut:-
• Ia  boleh digunakan untuk melarikan program-program komputer secara terus daripadanya seperti OpenOffice, Mozilla Firefox dan lain-lain. Program-program komputer ini boleh dipilih oleh anda untuk memasangkannya kepada Cakera Flash USB tersebut. Sila lawati laman wen Portable Apps.com untuk mengetahui faedah ini.
• Sekiranya anda mahu Cakera Flash USB ini berfungsi lebih daripada melarikan program-program komputer, maka ia perlu berupaya melarikan sistem pengoperasian. Ini boleh lakukan sama ada anda mahu larikan sistem pengoperasian Windows atau Linux. Konfigurasinya agar rumit tapi anda boleh dapati manualnya di Internet.
• Cakera Flash USB juga boleh dijadikan alat untuk sambungan tanpa wayar dengan menggunakan fungsi konfigurasi sambungan tanpa wayar yang ada dalam Windows dan menyimpan salinan konfigurasi sambungan wayar itu ke dalamnya.
• Ia juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai alat mereset kata laluan bagi Windows.