Wednesday 7 December 2011

3G

Dengan kemudahan 3G ini pemindahan data boleh dilakukan dengan lebih cepat berbanding dengan kemudahan telekomunikasi 2G, 2.5G. Kelajuan pemindahan data 2G adalah 9.6 kbps. 2.5G 46kbps, 2.5G EDGE 115kbps dan 3G adalah 384kbps.
Huruf G dibelakang nombor 2 dan 3 merujuk kepada generasi. Walaupun 3G baru dilancarkan, sistem 4G telahpun dibangunkan. Jika kita rasa kemudahan itu boleh memudahkan kita, menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti, menjimatkan wang dan dapat memberi keuntungan dari segi apa sahaja, kita patut dan perlulah menggunakannya.
 Patutkah kita menjadi pengejar teknologi, atau patutkah kita menjadi penonton sahaja, atau kita menjadi mereka yang termangu-mangu apa yang telah terjadi.
Setiap teknologi baru yang diwujudkan sebenarnya dapat memberi peluang untuk kita gunakan sebagai nilai tambah kepada perniagaan atau kehidupan kita. Ini penting kerana teknologi adalah sebagai alat, kitalah yang perlu memikirkan bagaimana hendak menggunakannya mengikut kesesuaian perniagaan dan kehidupan kita. Syarikat telekomunikasi tidak boleh menyatakan bagaimana 3G boleh meningkatkan keuntungan kita, tetapi apabila kita melihat kegunaannya, kita patut fikirkan bagaimanakah teknologi ini boleh digunakan.
Jadi ini adalah untuk menjawab soalan apakah 3G ini perlu untuk kita perolehi. Seperti juga SMS dan MMS ianya tidak diwujudkan untuk membantu mengeratkan silatiur rahim diantara radio dengan pendengar, dan pendengar dengan pendengar. Tetapi apabila kita nampak peluang kita perlulah gunakannya dengan sebaik mungkin.
 

No comments:

Post a Comment