Wednesday 7 December 2011

APA ADA PADA MOITOR...???

Apabila menyentuh mengenai dunia komputer peribadi (PC) pengguna, masyarakat sering kali mengaitkannya dengan unit pemprosesan komputer (CPU), sistem operasi atau jenis pemprosesannya yang memberi nyawa ketika menghidupkan komputer. Ibarat aur dengan tebing, komputer tidak lengkap tanpa paparan monitor yang memainkan peranan penting menjelaskan imej yang ditafsir daripada kod nombor dibaca CPU menjadikan gambar terpampang pada skrin.
Menurut bahasa komputer, monitor terletak di bawah kategori unit paparan visual yang berupaya memaparkan visual dijana pemprosesan grafik menerusi kad grafik. Boleh dikatakan, peranti memaparkan imej terbabit mempunyai dua jenis spesies pada masa kini termasuk tiub sinar katod (CRT) dan pemapar cecair kristal (LCD) yang berlegar di pasaran.
Selain itu, dunia perkomputeran turut mengklasfikasikan monitor kepada empat jenis iaitu monokrom, warna, segerak berbilang dan paparan kecerahan elektro (ELD). Mutu monitor tergantung kepada beberapa faktor terutama bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya kerana lebih banyak pikselnya, lebih tajam teks dan grafik yang dicetuskan. Pada awalnya semua monitor tergolong dari jenis CRT sama seperti yang dilihat menerusi tiub televisyen namun kini populariti monitor jenis LCD kian mendapat perhatian dan bakal menggantikan CRT secara perlahan-lahan.
Semestinya monitor LCD lebih mencuri perhatian apatah lagi ia mampu ditempatkan pada ruang yang terhad, lebih ringan serta menjimatkan bil elektrik berbanding monitor terdahulu. Paparan PC terawal menggunakan monitor monokrom digunakan untuk memproses imej perkataan saja yang digunakan sistem perkomputeran terdahulu pada 1970-an sebelum IBM memperkenalkan sistem lain pada 1981. Sistem paparan Penyesuai Grafik Warna (CGA) pada tahun itu berjaya memperkenalkan empat warna dengan meleraikan piksel kepada 320 secara mendatar dan 200 menegak (320 x 200).

No comments:

Post a Comment