Thursday 8 December 2011

Produk IT

Dewan Eja Pro

Perisian popular daripada The Name Technology Sdn Bhd (tnt) ini telah ditingkatkan dan kini menyokong aplikasi Adobe InDesign dan InCopy CS/CS2/CS3. Ia secara automatik mengesan kesalahan ejaan Bahasa Melayu di dalam aplikasi tersebut dan menandanya untuk pembetulan, sekali gus membantu pengguna menghasilkan projek lebih baik tanpa kesalahan ejaan. Dewan Eja Pro untuk Adobe InDesign dan InCopy turut menampilkan rekaan sempang (hypernator) pertama untuk Bahasa Melayu, di mana ia secara automatik menandakan sempang mengikut tatabahasa Melayu dan bukan bahasa Inggeris.
perkakasan_terbaik1

Teknologi CheckAnywhere pula membenarkan anda menghitamkan (highlight) perkataan dalam aplikasi Windows untuk menyemak ejaan segera tanpa perlu menaip semula, menyalin dan sebagainya. Perisian ini turut menampilkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Daftar Istilah dan diintegrasi dengan Microsoft Speech yang boleh membaca kuat perkataan Inggeris untuk sebutan Bahasa Inggeris tepat.
*Spec: Integrasi Penuh Adobe InDesign/InCopy/ CS/CS2/CS3. Sempang (Hypernator) Mengikut Tatabahasa Melayu. Semakan Ejaan Bahasa Melayu. Teknologi CheckAnywhere. Kamus Dewan Edisi Keempat/ Kamus Inggeris-Melayu Dewan. 267,000 Daftar Istilah. Fungsi English Text-to-Speech. Harga RM250. www.tntsb.com

Kamus Pro Windows Mobile
Bukan sahaja aplikasi komputer, namun telefon bimbit anda juga memerlukan perisian semakan ejaan. Kamus Pro untuk Windows Mobile menawarkan perisian semakan ejaan serasi pelbagai peranti digital platform Windows Mobile. Anda kini boleh membawa Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan ke mana-mana sahaja secara digital. Ia boleh dijalankan sepenuhnya daripada kad memori luaran tanpa mengganggu memori terbina di dalam PDA anda dan fungsi Auto-Pengesan secara automatik memberi respon perkataan dengan ejaan bertepatan. Perisian ini turut menampilkan teknologi CheckAnywhere dan Daftar Istilah pelbagai subjek termasuk Sains, Matematik, Kewangan dan Perubatan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
*Spec: Serasi Windows Mobile. Kamus Dewan Edisi Keempat/. Kamus Inggeris Melayu Dewan. Daftar Istilah/ Istilah Teknikal. Teknologi CheckAnywhere. Fungsi Auto-Pengesan Bahasa/ Cadangan Pintar. Sokongan Kad Memori Luaran. Harga RM99. www.tntsb.com

No comments:

Post a Comment